SihatSunah Product


“Bersama Memartabatkan Barangan Sunnah”
PENGENALAN
SihatSunnah merupakan satu jenama bagi rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan sejak bulan Januari 2013.  Jenama ini dimiliki oleh syarikat ZM Network Centre, sebuah syarikat bumiputra Melayu yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak dari tahun 2006.
Bermula sebagai sebuah pusat latihan yang mengendalikan pelbagai jenis kursus, ceramah, seminar, bengkel dan program-program kesihatan dan kecantikan, syarikat ZM Network Centre atau lebih dikenali sebagai ZMC, kini mengembangkan empayar perniagaannya dengan mengeluarkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan sendiri.
Rangkaian produk SihatSunnah mula diperkenalkan di pasaran pada bulan Januari 2013 melalui produk sulungnya iaitu Jus Buahan Sunnah, diikuti dengan 7 lagi jenis produk lain yang telah memasuki pasaran pada bulan Mac 2013.
Walaupun produk SihatSunnah masih baru di pasaran, sambutan masyarakat terhadap produk ini amat positif dan sungguh menakjubkan. Mereka yang telah menggunakan produk-produk SihatSunnah merasa begitu teruja dan bersyukur kerana semakin sihat dan dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semulajadi dari produk yang boleh dianggap sebagai “Educated Alternative Formula” di mana formulanya adalah hasil gabungan dari Sains dan Sunnah.
Selain dirumuskan secara teliti mengikut panduan saintifik, berikut merupakan antara kelebihan yang boleh di dapati dari rangkaian produk SihatSunnah berbanding produk seumpamanya di pasaran :
1) Kilang yang dilantik untuk memproses produk-produk SihatSunnah adalah kilang milik Melayu Islam yang mempunyai pakar-pakar dalam bidang pemakanan, cosmoteologist, chemist, R&D, sijil GMP (Good Manufacturing Practice), sijil IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan sijil Halal Jakim.
2) Bahan-bahan sunnah mentah yang digunakan telah dipilih hanya dari yang berkualiti tinggi sahaja dan di antaranya ada yang diimport terus dari negara Arab Saudi.
3) Produk SihatSunnah bukan merupakan produk-produk yang di “re-branding” atau dibungkus semula dengan tujuan hanya untuk memperolehi keuntungan dari jualan sahaja tetapi ianya lebih kepada produk yang dirumus berdasarkan formula, hasil kajian dan rujukan yang dibuat dengan Pakar Pemakanan, Penasihat Saintifik &Nutraseutikal, Pakar Perubatan & Penyelidik Habatussauda UPM.
4) Cara penyediaan produk adalah mengikut syariat Islam selaras dengan pengiktirafan kilang yang mendapat sijil Islamic Manufacturing Practice (IMP) menjadikan produk SihatSunnah bukan sahaja benar-benar berkhasiat tetapi insha allah membawa berkat dan kesejahteraan hidup dengan amalan penggunaan barangan sunnah yang telah dinyatakan secara terang di dalam Al-Qur’an dan Hadis.
5) Produk SihatSunnah telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan selamat oleh Pusat Racun Negara, USM Pulau Pinang. Kelulusan berserta sijil dari kedua-dua organisasi kerajaan ini menjadikan produk-produk SihatSunnah ini benar-benar selamat tanpa kesan sampingan yang boleh memudaratkan.
Selaras dengan objektif syarikat iaitu “Bersama Memartabatkan Barangan Sunnah”, ZMC menyeru orang ramai supaya yakin dan menjadikan tumbuhan sunnah sebagai alternatif untuk memelihara kesihatan dan kecantikan diri. Manusia dijadikan oleh Allah dari tanah, kembali kepada Allah melalui tanah dan tidak hairan juga apabila sakit, kita dinasihatkan untuk kembali mencari penawar yang juga dijadikan dari tanah seperti tumbuh-tumbuhan sunnah Air Zam Zam, Madu, Habatus Sauda, Delima dan lain-lain yang jelas diperkatakan dalam Al-Quran dan Hadis.
Berniaga juga merupakan sunnah. Jadi, bagi anda yang ingin berniaga bersama rangkaian produk-produk SihatSunnah, ZMC juga membuka peluang dan mencari lebih ramai Wakil Niaga yang terdiri dari PEMBORONG DAN STOKIST untuk bersama memberi kesedaran kepada masyarakat dengan memperkenalkan konsep sihat, cantik dan cergas melalui amalan pemakanan dan penggunaan dari rangkaian produk SihatSunnah.
Hubungi 0196119469 (Centerpoint Melaka) untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment